Pembentangan Akaun RM 2.6 juta Bersih 4


KENYATAAN MEDIA – 6 OKTOBER 2015
Pembentangan Akaun RM 2.6 juta Bersih 4
Seperti yang dijanjikan, Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini membentangkan akaun dan perbelanjaan perhimpunan aman Bersih 4.
Kami berbesar hati untuk mengumumkan bahawa daripada penyata bank sepanjang 2,126 mukasurat yang telah kami terima, sekitar 27 ribu penderma telah menyumbang secara purata RM 76 seorang. Majoritinya telah menderma antara RM 10 ke RM 50.






Jumlah derma yang kami terima adalah sebanyak RM 2,064,652.74. Hasil derma melalui jualan kemeja-t Bersih 4 adalah sebanyak RM 553,914, manakala hasil jualan mafla pula adalah sebanyak RM 28,795. Ini membawa kepada jumlah besar RM2,647,361.74.
Jumlah perbelanjaan Bersih 4 termasuk pra-perhimpunan dan perbelanjaan ketika perhimpunan adalah sebanyak RM664,052.52.
Jumlah lebihan sebanyak RM 1,983,309.22 akan digunakan untuk mendanai program BERSIH 2.0 untuk jangkamasa dua tahun akan datang; termasuklah program pendidikan pengundi, kos mahkamah, latihan dan sebagainya.
Dengan ini lunaslah sudah janji BERSIH 2.0 untuk membentangkan perbelanjaan kami sepanjang penganjuran perhimpunan aman Bersih 4.
Kini tiba giliran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mendedahkan akaun RM 2.6 bilionnya pula.Sekiranya beliau gagal berbuat demikian, maka jelaslah kredibiliti beliau telah hilang sama sekali.
Dikeluarkan oleh,
Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, yang terdiri daripada –
Pengerusi: Maria Chin Abdullah; Timbalan Pengerusi: Sarajun Hoda Abdul Hassan; Bendahari: Masjaliza Hamzah; wakil kebangsaan: Prof Madya Dr Abdul Halim bin Yusof, Farhana binti Abdul Halim, Fadiah Nadwa Fikri dan New Sin Yew; naib pengerusi: Jannie Lasimbang (Sabah), Ahmad b. Awang Ali (Sarawak), Abd Halim b. Wan Ismail (Semenanjung Timur), Thomas Fann (Semenanjung Selatan), Simon Lee Ying Wai (Semenanjung Tengah) dan Dato’ Dr Toh Kin Woon (Semenanjung Utara).







No comments:

Post a Comment