Pegawai kanan polis didakwa gagal isytihar ‘komisen’ hampir RM1 juta


KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumprur, SAC Ku Chin Wah didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana gagal mengisytiharkan komisen mencecah RM961,500 yang diperolehinya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 49 (3) Akta Penggubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 kerana gagal memenuhi arahan pendakwaraya mengikut Seksyen 49(1) akta yang sama.

Chin Wah didakwa gagal mengisytiharkan bagaimana dia memperoleh sejumlah wang komisen itu yang dinyatakan dalam kenyataan sumpahnya pada 8 Januari 2014.




Dia boleh dikenakan hukuman maksimum setahun penjara, denda RM1 juta atau kedua-duanya jika didapati bersalah.

Chin Wah yang kini berkhidmat di bahagian sekretariat Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan.

Hakim Mohd Nasir Nordin membebaskan dia dengan jaminan RM30,000 dan seorang penjamin, manakala sebutan semula kes pada 23 Februari ini.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Budiman Lufti Mohamed dan Muhammad Saifuddin Hashim manakala tertuduh diwakili Geethan Ram Vincent.

Source from FTM News

No comments:

Post a Comment