Pimpinan Umno Kedah diarah tutup mulut selepas jumpa Najib
KUALA LUMPUR, 22 Januari:
Selepas mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak, pimpinan Umno Kedah diarah tutup mulut dari mengulas kemelut politik kepimpinan di negeri itu.
Ketua Wanita Umno Kedah, Datuk Maznah Hamid ketika ditemui berita menyatakan perkara tersebut.
“Tidak boleh cakap apa-apa. Mulut tutup,” katanya selepas pertemuan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu.
Turut berkongsi kenyataan yang sama, Ahli Parlimen Sik, Dr. Mansor Abd. Rahman yang enggan mengulas lanjut hasil pertemuan itu.
“Tak boleh komen,” katanya ringkas.
Sementara itu, Ketua Bahagian Umno Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ketika ditemui berkata perjumpaan tersebut berjalan dengan baik.
“Ok ok Alhamdulilah,” katanya yang enggan mengulas lanjut.
Politik Kedah bergolak apabila Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah baru-baru ini mengadakan sidang media menolak kepimpinan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar.
Sidang media yang turut dihadiri hampir semua kepimpinan Umno Kedah itu meminta Najib merombak struktur kepimpinan parti negeri itu.
Source from TheRakyatPost
No comments:
Post a Comment