Polis diminta terus kekalkan keselamatan- Subramaniam



KUALA LUMPUR: Pihak polis diminta terus meningkatkan tahap keselamatan dan memberi kerjasama yang baik kepada peserta perarakan Thaipusam.

Presiden MIC, Datuk Seri S.Subramaniam berkata ia bagi memberi keselesaan kepada peserta upacara sembahyang dan demi menjamin keselamatan mereka terjaga.

“Saya memohon kepada pihak polis seboleh-bolehnya memberi kerjasama dengan kumpulan ini supaya mereka diberi bantuan untuk menunaikan ibadat dalam keadaan keselamatan yang terjamin.




“Ini dapat mengelakkan perkara tidak baik berlaku pada masa akan datang,” katanya dalam satu sidang media di Kuil Batu Caves.

S.Subramaniam berkata demikian mengulas kejadian tidak bertanggungjawab pemandu kenderaan mewah BMW yang merempuh sekumpulan penganut Hindu sehingga mengakibatkan tiga kematian di Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (LKS), semalam.

Sebelum itu S.Subramaniam mengutuk tindakan pemandu kenderaan terbabit dan berharap pemandu itu tampil bertanggungjawab terhadap kecuaiannya yang memandu laju sehingga melanggar kumpulan terbabit.

Subramaniam juga berharap polis meningkatkan tahap keselamatan dalam perayaan agama lain.

“Polis perlu tingkatkan keselamatan bukan hanya pada sambutan Thaipusam tetapi juga perayaan lain,” katanya.


Source from Free Malaysia Today News

No comments:

Post a Comment