‘Budak nakal’ tandatangan Deklarasi Rakyat – Salleh Said Keruak


Individu yang hadir pada deklarasi anti Najib itu merupakan wajah biasa yang konsisten mendesak Najib berundur.

PETALING JAYA: 58 individu menandatangani deklarasi mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri adalah pengacau, ujar Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu berkata, individu hadir pada deklarasi anti Najib itu merupakan wajah biasa yang mendesak Perdana Menteri berundur.

“Secara asasnya ia adalah koleksi individu yang sememang pengacau, krew compang-camping yang bersatu untuk hanya satu asas sahaja iaitu bencikan Najib,” ujanya dalam satu kenyataan di blog, hari ini.




Individu yang dilihat sebagai tidak munasabah ini termasuklah Ketua Whip DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Timbalan Presiden UMNO yang digantung, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas lanjut, perikatan yang bercampur-campur itu ditakdirkan gagal apabila satu-satunya titik persamaan mereka adalah untuk melihat Najib ‘terkeluar’ daripada jawatannya.

“Dr Mahathir berbicara untuk menyingkirkan Najib dan menggesa agar suatu reformasi dilakukan, tetapi beliau diliihat berhati-hati dan tidak menjelaskan apa yang beliau lakukan. Dia samar-samar,” katanya.

“Mereka tidak bersatu dalam penjelasan deklarasi itu. Dapat dilihat mereka akan menjadi seperti Pakatan Rakyat. Mari mula mendengar apa agenda penuh reformasi mereka sebelum meminta rakyat atas sokongan mereka.




-FMT NEWS-

No comments:

Post a Comment