Jangan kaitkan ritual ‘Raja Bomoh’ dengan Islam – Mufti Perlis
Ayat al-Quran yang dibaca oleh Ibrahim juga tidak betul sebutannya, tahayul dan tidak diiktiraf oleh Islam.
PETALING JAYA: Masyarakat bukan Islam dinasihat tidak mengaitkan upacara ritual Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin atau ‘Raja Bomoh’ bagi ‘memulihkan’ cuaca panas yang sedang melanda negara menggunakan buah tembikai dengan Islam.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, di samping ayat al-Quran yang dibaca oleh Ibrahim itu sendiri tidak betul sebutannya, ia juga adalah tahayul serta tidak diiktiraf oleh Islam.
“Agama Islam tidak membenarkan penganutnya melakukan perbuatan bodoh dan sia-sia.
“Apatah lagi disertakan dengan pembaziran seperti ini. Buah untuk dimakan bukan untuk di bazirkan secara sia-sia,” katanya menerusi status di Facebook miliknya semalam.
Menerusi sebuah rakaman video, Ibrahim menggunakan lima biji tembikai diikuti empat orang pengikutnya telah bertindak memecahkan buah berkenaan.
Turut dipaparkan dalam video berdurasi 1 minit 53 saat itu adalah Ibrahim memulakan ritual berkenaan dengan membaca beberapa ayat potongan dari surah Yasin diikuti membaca doa.
-FMT NEWS-
No comments:
Post a Comment