Rosmah akui terpaksa lupakan cita-cita selepas kahwini Najib



Beliau redha dengan ketentuan Allah dan menganggapnya sebagai suratan takdir menjadi isteri kepada pemimpin utama kerajaan.

PETALING JAYA: Datin Seri Rosmah Mansor mendedahkan banyak perkara yang beliau tidak dapat dilakukan setelah berkahwin dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Memetik laporan Sinar Online, Rosmah menyatakan beliau redha dengan apa yang terjadi kepada dirinya malah beranggapan ia sudah menjadi suratan takdir.

“Apabila saya kahwin dengan Datuk Seri Najib banyak yang saya tak dapat buat dan tidak mungkin saya buat.

“Sebagai isteri pemimpin negara, saya redhalah. Bak kata orang putih ‘destiny’…ditakdirkan berkahwin dgn pemimpin negara,” katanya ketika menjadi tetamu program bual bicara ‘Langit Biru’ di Bernama Radio, hari ini.

Ujar Rosmah, beliau juga terpaksa melupakan cita-citanya setelah mengahwini Perdana Menteri keenam itu.





“Sudah pasti saya mahu menjadi orang yang berjaya dalam bidang yang diceburi ketika itu. Ibu bapa sokong saya belajar sebaik mungkin, setinggi-tinggi yang boleh dan tentunya mahu melihat anak perempuannya ini jadi yang berjaya,” katanya lagi.

Melalui program bual bicara selama 30 minit itu, isteri Perdana Menteri itu turut mengingatkan generasi kini agar tidak mensia-siakan keselesaan yang dinikmati pada hari ini.

“Cara kita zahirkan semangat patriotisme memang berlainan jika banding zaman dulu dengan sekarang. Budak-budak sekarang sedar-sedar sahaja, semuanya sudah aman dan tenteram, tapi kita tak boleh ‘take it for granted’.

“Alhamdulillah Malaysia sekarang aman, damai dan berjaya. Inilah yang sepatutnya kita kena jaga. Kita sayang dan cintai negara kita sebab bila sayang, kita akan jaga negara kita dengan baik,” katanya.

Rosmah yang ditohmah dengan dengan pelbagai tuduhan oleh musuh politik suaminya berkata, semangat cintakan negara perlu dipupuk kepada anak-anak sejak kecil supaya mereka membesar sebagai insan yang sayangkan tanah air.






-FMT NEWS-

No comments:

Post a Comment