Tunggu PRU14 kalau nak jatuhkan Najib, cabar Bung Moktar


Pilihan raya menjadi penentu kepada rakyat untuk memilih pemimpin, bukannya menggulingkan pemimpin menggunakan cara kotor.

PETALING JAYA: Datuk Bung Moktar Radin yakin sebarang gerakan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan berjaya dan sia-sia.

Katanya, jika pihak terbabit berdegil mahu menjatuhkan Perdana Menteri, mereka perlu menunggu Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) akan datang kerana rakyat yang akan membuat penilaian.

“Mana-mana pihak yang masih berhasrat untuk menjatuhkan Perdana Menteri, mereka harus berhenti dan tunggu PRU akan datang,” katanya ketika dihubungi FMT, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mendedahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin cuba menjatuhkan Najib bagi mendapatkan jawatan Perdana Menteri, manakala Datuk Seri Shafie Apdal untuk Timbalan Perdana Menteri.




Dalam perkembangan lain, Bung Moktar yang juga Ahli MajlisTertinggi UMNO memuji Muhyiddin yang membuat keputusan untuk terus kekal dalam UMNO.

Katanya, keputusan Timbalan Presiden UMNO yang digantung itu menunjukkan kematangan beliau berpolitik sekali gus tidak mudah terpengaruh dengan hasutan mana-mana pihak supaya beliau meninggalkan parti itu.

“Syukur kerana Muhyiddin masih sayangkan UMNO dan masih percaya dengan perjuangan UMNO untuk membangunkan negara dan membela rakyat.

“Keputusan Muhyiddin untuk kekal dalam parti adalah keputusan tepat dan tidak mudah terpengaruh dengan hasutan pihak-pihak tertantu, ini menunjukkan kematangan beliau dalam politik,” katanya.




-FMT NEWS-

No comments:

Post a Comment