Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan keyakinan polis akan dapat mengenalpasti pelaku sebenar dalam insiden yang berlaku pada program Nothing to Hide 2.0 (N2H 2.0) di Dewan Raja Muda Musa Kompleks Belia dan Sukan Selangor semalam.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, apa yang berlaku satu peristiwa malang dan berasa kecewa dengan kejadian berlaku hingga program terpaksa dibatalkan.
"Tiada lansung sifat tolenransi, tidak menghormati suatu majlis seperti itu untuk memberikan penjelasan berkaitan hal ehwal negara yang sepatutnya dihadiri Najib (Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Razak) malangnya beliau tidak menghadirkan diri dan Tun Mahathir ambil masa yang ada untuk menjelaskan perkara penting yang dihadapi negara.
"Saya berada di situ sehingga tercetusnya kekecohan tindakan yang amat biadap dan perkara tidak berperaturan dan undang dilakukan sedangkan situasi di peringat awal situasi terkawal.
"Saya percaya mereka yang ada d isitu telah buat perancangan sesuatu. Saya dimaklumkan Ketua Armada (Syed Saddiq Syed Abdul Rahman) yang hadir di situ berpakaian seperti Armada tetapi bukan ahli rasmi Armada," ujarnya.
Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pilhan Raya Pakatan Harapan hari ini yang diadakan di Ibupejabat Bersatu di Petaling Jaya.
Menurut Muhyiddin lagi, insiden provokaasi sedemikian semata-mata untuk menunjukkan kepada seolah-olah programa yang dianjurkan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan akan menimbulkan huru hara.
"Tindakan ini dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjwab dan menimbulkan huru hara untuk menunjukkan apa sahaja program yang dibuat Pakatan Harapan boleh mencetuskan hal menjejaskan keselamatan.
"Sya kecewa perkara ini berlaku seperti baling kerusi, kasut,botol dan suar ke arah Tun Mahathir. Beliau seorang pemimpin dan menyambut baik apa jua pandangan dan seharusnya semua pihak duduk mendengar dengan aman penjelasannya sebaliknya program yang diadakan terpaksa dihentikan serta merta.
"Saya minta pihak berkuasa menyiasat. Kita ada 'footage' yang sudah diserahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan untuk mengetahui siapa 'the real culprit' yang melakukan tindakan tidak bertamadun dan memalukan itu," ujarnya.
Ahli Parlimen Pagoh ini juga menolak dakwaan Pengerusi Gabungan NGO Selangor Datuk Seri Jamal Md Yunos, kononnya insiden yang berlaku itu dirancang lebih awal pimpinan parti itu.
"Jamal ni tak boleh pakai...takan kita nak merancang buat kekecohan dalam majlis sendiri... ada sedikit sewel (tidak rasional).
"Kita mahu menganjurlan program dengan lancar dan memberi memberi peluang dan kesempatan kepada Tun Mahathir," ujarnya.
Jamal yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar mendakwa mempunyai bukti insiden berlaku dirancang lebih awal oleh pimpinan tertinggi bersatu. Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan sebarang bukti yang didakwanya kepada pihak media dan hanya mahu berkongsi maklumat itu dengan pasukan polis dalam sidang medianya hari ini..-malaysiadateline
No comments:
Post a Comment