Pakatan Harapan gesa SPRM siasat semula 1MDB


Pakatan Harapan hari ini menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesa agar suruhanjaya itu membuka kembali kertas siasatan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pakatan Harapan yang diwakili Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Setiausaha Agung AMANAH Mohd Anuar Tahir, Naib Presiden Bersatu Datuk Rashid Asari, Timbalan Presiden Parti Warisan Darrell Leiking dan Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul.
Pimpinan Pakatan Harapan bersama beberapa ahli parlimen parti gabungan dan dikalangan reformis tiba dan berkumpul di hadapan bangunan baharu ibupejabat SPRM di Presint 7 Putrajaya seawal jam 9 pagi tadi.
Pertemuan lebih kurang sejam itu telah berbincang dan menyerahkan memorandum itu kepada Ketua Pengarah Komunikasi Strategik Roslan Mohd Zakhwan Ali oleh Pakatan Harapan.
Memorandum itu bertujuan mengesa SPRM melakukan siasatan baharu terhadap 1MDB berdasarkan dokumen rasmi mahkamah dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang terkini.
Dalam kenyataan bersama Pakatan Harapan menyebut agak ganjil apabila seuatu jenayah  yang cukup besar didakwa boleh berlaku di negara asing tetapi tiada sebarang dakwaan di mahkamah negara sendiri, iaitu Malaysia.
Dalam sidang media diadakan  Dr Wan Azizah  berkata,  Pakatan Harapan mengesa agar SPRM mengambil maklum akan kewajaran kertas siasatan berkaitan 1MDB itu perlu dibuka semula kerana ia telah merosakkan nama baik Malaysia di mata dunia.
" Mereka ambil maklum untuk membuka balik kertas siasatan 1MDB termasuk isu berkaitan rasuah Jabatan Bekalan Air Sabah.Kami dimaklumkan mereka (SPRM) nak kira wang mengunakan 6 mesin dan wang itu telah diserahkan kepada Bank Negara," ujarnya.
Menurut Lim Kit Siang dengan terbinanya sebuah bangunan baharu SPRM ia melambangkan semangat suruhanjaya itu untuk membanteras global kleptokrasi dan mencadangkan agar suruhanjaya itu mengadakan kempen membanteras rasuah lebih giat lagi.
"Bangunan baharu SPRM mewakili negara yang sangat berazam untuk membanteras global kleptokrasi.
"SPRM patut adakan kempen sama ada kerajaan mahu melibatkan diri atau tidak tugas suruhanjayya adalah untuk bersihkan nama baik negara.Apa guna ada SPRM jika kita dikenali di dunia sebagai global kleptokrasi.
"Semua pegawai tinggi SPRM akan bermesyuarat dan timbang isu ini (1MDB) untuk bersihkan nama baik SPRM dan membuka kertas siasatan 1MDB bahawa dunia tahu inilah skandal setaraf dunia- SPRM tidak perlu berpura-pura bahawa ia bukan satu masalah," ujarnya.
Bagi Mohd Anuar Tahir yang mewakili AMANAH berkata, SPRM perlu bertanggungjawab kerana mereka dibawah kuasa YDP Agong dan berkhidmat untuk rakyat.
"Tuntuan kita buka semula siasatan jika mereka masih gagal, ini akan membawa rasa malu kepada negara yang akan dicatit selaama-lamanya dalam skandal membabitkan 1MDB yang paling dahsyat ini," ujarnya.
Abdul Rashid pula berkata, tidak guna kerajaan memperuntukkan dana kepada suruhanjaya itu sekiranya SPRM wujud tidak dipedulikan rakyat kerana gagal memberikan penjelasan lebih lanjut terhadap mereka yang terlibat dalam 1MDB.
"SPRM perlu memberikan penjelasan lebih lanjut untuk menentukan siapa yng terlibat perlu dihadapkan ke mahkamah kerana skandal ini melibatkan skandal terbesar tetapi di negara kita tidak siapa nak ambil tahu.
"Ini disebabkan perdana menteri dilindungi oleh pihak-pihak berkuasa. Justeru maruah SPRM perlu dijaga, dipersoalkan dan kita akan malu seluruh dunia dengan kegagalan SPRM menjalankan tugas mereka," ujarnya.
Dan Darell Leikin pula menerangkan selain isu 1MDB yang di bincangkan oleh rakan Pakatan Harapan dengan wakil SPRM, beliau turut mengenengahkan isu membabitkan Jabatan Bekalan Air Sabah.
"Saya ingin tekankan SPRM sebagai sebuah badan bebas dengan adanya bangunan baharu ini mereka sewajarnya lebih berazam dan mengukuhkan posisi mereka untuk membanteras setiap skandal yang berlaku tanpa memilih kes tertentu sahaja," ujarnya.
Menurut Ketua Whip PKR Datuk Johari Abdul yang turut mewakili pimpinan Pakagan Harapan hari ini berkata, akan terus mengadakan jelajah penerangan "Sayangi Malaysia"  berkaitan isu 1MDB dan beberapa isu berkaitan rasuah lain dan kos sara hidup rakyat di setiap negeri.
-malaysiadateline 

No comments:

Post a Comment