Harga minyak turun, mengapa tiada pujian buat Najib?


Portal pro-UMNO cabar pengkritik membuktikan undang-undang mana yang dilanggar kerana menerima derma dari Arab Saudi. 

 PETALING JAYA: Undang-undang mana yang dilanggar Datuk Seri Najib Razak kerana menerima wang derma dari Arab Saudi, dan mangsa mana yang terjejas angkara perbuatan itu?

Dua soalan itu diutarakan portal pro-UMNO, MyKMU hari ini membela Perdana Menteri.

“Bukan minyak saja yang turun, ekonomi berkembang 5%, EPF untung, PNB untung, Tabung Haji untung, semua untung, rakyat dapat duit masuk poket. Kalau bodoh mentadbir, boleh ke dapat semua tu?

“Menunjukkan disitu sebenarnya, minyak turun atau minyak naik, bukanlah isu, sekarang ni apa saja yang boleh buat orang benci, waima yang takde kena mengena sama sekali. Bini kena raba di KL pun Perdana Menteri yang ada di USA disalahkannya,” tulis MyKMU dalam satu makalah hari ini.




Portal itu merujuk kepada kenyataan seorang pemain muzik jalanan yang mengkritik pemerintah selepas seorang warga asing mencabul isterinya di ibu negara, baru-baru ini.

“Begitu jugalah isu derma dari Arab Saudi ni sekarang. Benda tu sebenarnya bukan masalah pun, tak siapa terjejas selain sebahagian besar duit tersebut dah dipulang balik.

“Yang betulnya, hingga saat ini, tak siapa boleh bawak satu orang yang begitu terjejas kerana Najib terima derma dari Arab Saudi, sedangkan ada orang yang terjejas bila pemimpin pembangkang terlibat meliwat,” tulis makalah itu, dan menambah pemimpin pembangkang yang dimaksudkan telah didakwa dan disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

“Ini serupa macam kaki kiri yang berpenyakit, kaki kanan yang kena potong.”




-FMT NEWS-

No comments:

Post a Comment