Lelaki warga Bangladesh parah ditikam perompak


Mangsa mengalamai kecederaan parah di bahagian dada, leher dan bahagian kanan ketiak

PETALING JAYA: Berpantang mati sebelum ajal!

Itulah yang boleh digambarkan mengenai nasib seorang lelaki warga Bangladesh apabila dia ditikam bertubi-tubi oleh lima perompak yang dipercayai dari negaranya sendiri.

Mangsa yang berusia 30an berlubang di bebarapa bahagian badan selepas diserang dalam kejadian yang berlaku di Jalan Radin Bagus, Sri Petaling, lapor Harian Metro Online.




Semasa kejadian mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya bersendirian sebelum dihampiri oleh kelima-lima suspek.

Lelaki warga asing itu diselamatkan oleh Pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) selepas menerima panggilan kecemasan daripada orang awam kira-kira jam 8.59 malam.

Mangsa ketika menerima bantuan berada dalam keadaan separuh sedar dan berlumuran darah.

Antara bahagian tubuhnya yang mempunyai kesan tikam adalah di bahagain tangan, dada, leher dan bahagian kanan ketiak.




-FMT NEWS-

No comments:

Post a Comment