Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyangkal Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa DAP menguasai gabungan itu.
Dr Mahathir berkata, DAP bukanlah parti yang dominan dalam PH.
Pengerusi PPBM itu berkata apabila Amanah dan PKR yang diterajui orang Melayu mempunyai lebih ramai wakil rakyat berbanding DAP.
“Jika mereka begitu bodoh, mereka akan memilih DAP (untuk memimpin mereka), tetapi mereka tidak bodoh, bukan seperti orang Najib yang tidak faham demokrasi,” kata Dr Mahathir kepada pemberita.
Bekas perdana menteri itu diminta memberi respon kepada Najib yang mendakwa DAP kekal sebagai parti paling dominan dalam pakatan pembangkang itu, semasa berucap di acara Invest Malaysia 2017 semalam.
Najib juga berkata pemimpin DAP setengah abad lalu kini bersembunyi di belakang seorang lelaki yang pernah memenjarakannya, dan cuba memperdaya pemikiran orang Melayu bahawa bekas pemimpin itu calon perdana menteri sementara mereka.
Beliau merujuk kepada veteran DAP Lim Kit Siang, yang dipenjarakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ketika Dr Mahathir menjadi perdana menteri.
No comments:
Post a Comment