Sehingga 30 Jun, rakyat Malaysia masih belum menuntut sejumlah RM5,779 juta wang yang tidak dituntut.
Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata ia melibatkan 55 juta rekod wang tidak dituntut sejak 1977.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) mengenai langkah dan strategi yang diambil untuk menangani isu wang tidak dituntut.
Media sebelum ini melaporkan kebanyakan mereka yang tidak menuntut wang tersebut waris polisi insurans nyawa.
Othman menjelaskan walaupun penduduk Malaysia seramai 31 juta, namun terdapat 55 juta rekod kes kerana seorang individu mempunyai pelbagai akaun.
“Mungkin terdapat baki RM10 hingga RM15, tetapi ia tidak dituntut. Wang itu memerlukan rekod berasingan,” katanya.
Wang yang tidak dituntut mempunyai 3 klasifikasi.
Pertama, wang yang akan dibayar secara sah kepada individu dalam tempoh setahun tetapi tidak diambil seperti gaji, bonus dan komisen.
Kedua, wang di dalam akaun yang tidak disentuh lebih 7 tahun dalam akaun simpanan.
Ketiga, wang dalam akaun komersial tanpa sebarang transaksi selama 2 tahun.
“Pendaftaran lengkap yang memperincikan akaun wang tidak dituntut diwartakan dan salinan cetakan disimpan di Perpustakaan Negara, seperti dikehendaki oleh undang-undang.”
Beliau menambah, kerajaan sebagai pemegang amanah wang tersebut bertanggungjawab terhadap wang itu dan akan memastikan ia disimpan dengan selamat sehingga dituntut pemilik yang sah.
Othman menambah kerajaan mempunyai 25 kaunter Jabatan Audit Negara di seluruh negara untuk tujuan ini – 13 di Semenanjung Malaysia, 7 (Sarawak), 4 (Sabah) dan 1 lagi akan dibuka di Putrajaya.
“Mereka perlu mengemukakan borang lengkap dan dokumen lain yang berkaitan, dan mereka akan dibayar dalam tempoh 1 bulan selepas mengemukakan tuntutan mereka, kecuali ada isu yang menyebabkan ia tertangguh,” jelasnya.
-FMT NEWS
No comments:
Post a Comment