Ketika pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, PKR memilih untuk berpihak pada calon Amanah yang didokong Pakatan Harapan (PH). Meskipun, Tun Dr Mahathir Mohamad turut dibawa berkempen untuk calon-calon Amanah, Pakatan Harapan tewas teruk kepada Barisan Nasional (BN).
Bukan itu sahaja, PAS juga mengatasi PH daripada sudut undi popular iaitu 12,492 berbanding 12,586.
Keputusan PRK Sungai Besar:
BN (Umno): Budiman Mohd Zohdi, 16,800
Amanah: Azhar Abdul Shukur, 7,609
PAS: Dr Abd Rani Osman, 6,902
BN (Umno): Budiman Mohd Zohdi, 16,800
Amanah: Azhar Abdul Shukur, 7,609
PAS: Dr Abd Rani Osman, 6,902
Keputusan PRK Kuala Kangsar:
BN: Datin Mastura Yazid, 12,653
PAS: Dr Najihatussalehah Ahmad, 5,684
Amanah: Dr Ahmad Termizi Ramli, 4,883
Bebas: Izat Bukhary Ismail Bukhary, 54
BN: Datin Mastura Yazid, 12,653
PAS: Dr Najihatussalehah Ahmad, 5,684
Amanah: Dr Ahmad Termizi Ramli, 4,883
Bebas: Izat Bukhary Ismail Bukhary, 54
Satu kesimpulan matematik telah dibuat ketika itu di alam maya berdasarkan keputusan PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar.
Pakatan Rakyat = (DAP + PKR, 50%) + (PAS, 50%)
Pakatan Harapan (PKR + DAP + Amanah) + Tun Dr Mahathir = PAS
Pakatan Harapan (PKR + DAP + Amanah) + Tun Dr Mahathir = PAS
Apa yang terbukti ketika itu ialah Amanah tidak membawa apa-apa nilai tambahan seperti yang diharapkan, malah ia membawa nilai negatif. Apa yang diperolehi PAS di PRK Sg Besar dan Kuala Kangsar boleh dikira sebagai undi bersih kekuatan PAS.
Apa yang membezakan situasi ketika itu dengan situasi hari ini ialah, PPBM masih belum ditubuhkan.
Andaikan PPBM ada, mampukah PPBM dapat membawa kemenangan kepada PH di Sungai Besar dan Kuala Kangsar? Jika Dr Mahathir yang turun berkempen untuk calon Amanah tidak dapat melakukannya, apakah adanya PPBM akan membawa apa-apa perbezaan?
Untuk mengatasi BN, PPBM perlu membawa 4,596 undi di Sungai Besar dan 3,886 undi di Kuala Kangsar lari daripada Umno-BN barulah PH boleh memperolehi kemenangan dalam pertandingan 3 penjuru.
Sejumlah 4,596 undi dan 3,886 undi melambangkan peralihan undi melebihi 10% daripada jumlah pungundi di Sungai Besar (42,837 pengundi) dan Kuala Kangsar (33,540).
Ini 1 jumlah yang amat besar.
Matematiknya mudah! Jika PPBM tidak dapat membawa undi yang diharapkan, maka calon-calonnya bersama Amanah dan PKR akan berkubur jika bertembung 3 penjuru dengan PAS dan Umno. Siapa di dalam PH yang yakin PPBM ada kemampuan itu?
Sebelum PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan, Penasihat DAP Lim Kit Siang meramalkan Umno susah mempertahankan Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana kedua-dua kerusi yang dimenangi Umno dengan majoriti tipis di PRU13.
“Ini bermakna Amanah atau calon Pakatan Harapan mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi kerusi-kerusi tersebut,” kata Kit Siang.
Perang psikologi Kit Siang ketika itu mungkin bertujuan meningkatkan semangat para penyokong PH terhadap Amanah. Apapun, ia terbukti gagal. Malah ramalannya tersasar jauh apabila Umno berjaya meningkatkan majoritinya dengan mendadak.
Strategi yang sama telah diulang lagi hari ini. Kit Siang telah memulakan perang psikologinya dengan pelbagai andaian di PRU14. Terbaru, Kit Siang meramalkan PH dapat mengalahkan BN dengan peralihan 10% undi Melayu.
Persoalannya, sejauh mana PKR dan PPBM mahu mengambil risiko dengan ramalan Kit Siang setelah apa yang berlaku di Sungai Besar dan Kuala Kangsar?
Dan sejauh manakah PKR dan PPBM sanggup berkorban demi memberi ruang untuk Amanah?
DAP dan Amanah seringkali mengingatkan PAS bahawa mereka akan kalah teruk dalam pertandingan 3 penjuru.
Bagaimana pula dengan PKR, PPBM dan juga Amanah? Apakah mereka akan menang besar atau kalah besar?
Keputusan PKR untuk mencari jalan untuk berunding dengan PAS menunjukkan bahawa mereka akhirnya mendepani realiti semasa.
Akhirnya PKR faham, soalan yang patut ditanya dan diberi perhatian ialah berapakah kerusi yang PKR akan kalah dan bukannya berapa kerusi yang PAS akan kalah di dalam pertandingan 3 penjuru.
Berapa banyak kerusi PKR yang bakal menjadi mangsa seperti Sungai Besar dan Kuala Kangsar?
Rakan-rakan PKR, Amanah dan DAP tidak mahu menumpukan perhatian pada soalan ini.
Mereka hanya berminat terhadap kerusi yang bakal hilang daripada tangan PAS dan bukannya berapa kerusi yang bakal hilang daripada PKR mahupun PPBM jika pertandingan 3 penjuru diadakan.
Kalau dari sudut persepsi, boleh dikatakan asalkan PAS kalah, yang lain tidak apa, termasuk memberi kemenangan kepada BN.
Jika PH yakin kemenangan akan berpihak padanya dalam pertandingan 3 penjuru, maka mereka tidak perlu resah akan apa yang bakal dilakukan PAS mahupun PKR yang mahu berunding dengan PAS. Sebaliknya mereka harus meraikan keputusan PAS untuk bertanding 3 penjuru.
Cuma, selain DAP dan Amanah dan Invoke, siapa yang percaya pertandingan 3 penjuru akan berpihak pada PH?
PKR nampaknya tidak.
Oleh itu, tidak salah PKR meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan PH. Apa gunanya duduk dalam PH jika akhirnya ia membawa PKR pulang ke zaman 2004?
Ini baru kira ‘commit suicide’, malah ini kali kedua PKR ‘commit suicide’ selepas Langkah Kajang.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.
No comments:
Post a Comment