KUALA LUMPUR: Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyempurnakan majlis pelepasan Misi Pasca Banjir Utara 2017 yang disertai lebih 400 sukarelawan Team Salute Malaysia untuk misi bantuan banjir ke utara Malaysia Barat.
Misi yang bermula hari ini hingga 1 Oktober melibatkan Kedah dan Perlis.
“Misi ini melibatkan 53 kenderaan pacuan 4 roda dengan konvoi dari zon Tengah, Selatan dan Timur yang akan bergabung lagi dengan 50 kenderaan dari Utara dan 2 buah bas.
“Jumlah yang terlibat 400 orang (sukarelawan),” kata Presiden Kumpulan Salute Malaysia Datuk Rizal Mansor yang turut mengetuai misi bantuan tersebut.
Majlis berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur. Rizal berkata, misi tersebut membawa bantuan fizikal seperti pembersihan rumah serta bantuan makanan.
Lebih 3,000 di Kedah dan Perlis terkesan dalam banjir yang melanda awal bulan lalu.
Dalam perkembangan lain, Rosmah turut menghadiri majlis menandatangani Perjanjian Penajaan Celcom Axiata dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berjumlah RM10 juta.
Presiden BAM, Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata tajaan itu dana lanjutan untuk tempoh 15 bulan bermula 4 Jun 2019 sehingga 30 Ogos 2020.
Katanya, suntikan tajaan Celcom Axiata itu bertujuan menyemarakkan semula legasi badminton negara, menyokong hasrat mendominasi sukan badminton di peringkat global terutamanya Olimpik 2020 di Tokyo.
“Tajaan eksklusif itu sebahagian komitmen berterusan Celcom dalam menyokong BAM dalam usaha persatuan tersebut untuk memacu agenda sukan nasional ke arah pembangunan ahli sukan bertaraf dunia,” kata Norza ketika berucap pada majlis tersebut.-FMT NEWS-
Post a Comment