0
Dr Mahathir dan isterinya Tun Dr Siti Hasmah disambut sekitar hampir 100 penyokongnya sejurus beliau tiba dari Republik Czezh sekitar jam 11.15 pagi.



Ketibaan Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali disambut oleh kira-kira 100 orang para penyokongnya.







Mereka terdiri daripada ahli PERKASA dan kumpulan yang memakai baju merah bertulis “undur Najib”.
Mereka mula berkumpul di perkarangan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada jam 10 pagi dan membawa sepanduk bertulis “Tun, you are not alone” dan “welcome Tun M”.
Turut kelihatan hadir untuk menyambut negarawan itu ialah Umi Hafilda Mohd Ali dan bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan laporMalaysiakini.

mahathir penyokong luar negara
Tun Mahathir juga berkata, akan memberikan kerjasama sekiranya polis memanggilnya untuk melakukan siasatan terhadapnya berhubung perkara itu.
“Itu hak mereka. Nak tangkap, tangkaplah,” katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.
Ditanya sama ada beliau menerima sebarang notis daripada polis, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata beliau hanya mengetahuinya melalui surat khabar.






“Saya baca di akhbar. Sudah tentu apabila polis panggil kita kena pergi. Itu adalah cara di Malaysia.
“Saya akan patuh,” katanya lagi.
mahathir penyokong najib
Dr Mahathir juga turut bersama-sama menyanyikan lagu “We are The World” yang pernah dipopularkan Michael Jackson dengan penyokongnya.
Dr Mahathir juga berkata, demonstrasi baju merah yang dijadualkan berlangsung pada 16 September depan tidak perlu diteruskan.
“Demonstrasi baju merah? Tak payahlah…kuning lawan merah macam di Bangkok.
“Ini kita punya masalah, selesaikanlah sendiri,” katanya merujuk kepada konflik politik di Thailand.
Beliau juga dilihat enggan menerima t-shirt berwarna merah yang diserahkan penyokongnya.
Penyokong-penyokong Dr Mahathir turut dilihat memakai t-shirt berwarna merah tertera perkataan “undur Najib” yang dijual RM15 sehelai.
Turut kelihatan antara penyokong beliau yang hadir ialah Umi Hafilda Ali lapor The Malaysian Insider.



The best way to get cheapest hotel & compare hotel rate 

with more than 10 websites

Post a Comment

 
Top