Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan supaya menereuskan eprjuangan dan tidak gentar dengan insiden yang berlaku dalam program Nothing to Hide 2.0 Ahad lalu.
Malah bekas perdana menteri ini juga menjelaskan beliau tidak gentar dengan insiden berlaku atau sekiranya ia berlaku lagi di masa akan datang.
"Saya telah hadapi macam-macam masalah dalam politik...memanglah kalau kita nak berada dalam politik kita mesti bersedia untuk hadapi cabaran seperti ini.
"Saya tidak gentar kerana rusuhan ini.Jika lebih besar daripada itu tidak akan seidkitkan mengecewakan atau mematahkan semangat saya.
"Penyokong saya dan parti lawan yang berhasrat menjatuhkan Najib juga tidak harus gentar. Mereka harus berani kerana benar.Jika tidak berani kita tidak benar atau tidak berani pertahankan kebenaran," ujarnya yang bercakap dalam rakaman video berdurasi 5 minit itu yang diedarkan oleh media PPBM lewat petang ini.
beliau turut melahirkan rasa sedih terhadap insiden berlaku kerana berpendapat ia bukan mencerminkan budaya rakyat negara ini.
"Saya berasa sedih kerana bukanlah ini satu budaya kita untuk merusuh seperti itu. Tapi dikalangan parti Melayu perkara ini jarang jadi,"ujarnya.
Dr Mahathir juga berpendapat insiden berlaku itu terdapat usaha untuk mengagalkan perjuangan Pakatan Harapan.
"Saya khuatir sama ada cara ini (rusuhan) dengan lebih besar akan diadakan. Jika Najib (Datuk Seri Mohd Najib Razak) kalah dan dia ingin isytihar darurat dicetuskan rusuhan huru hara dalam negara... bolehlah darurat di isytiharkan dan Parlimen ditangguh dan undang-undang diketepikan.
"Saya takut ini petanda cara ganas yang akan digunakan pada masa depan. Saya harap kita akan ada pilihan raya dengan tertib dan kemungkinan ini kita kena buat persediaan.
"Kita tidak mahu lihat negara berada dalam keadaan huru-hara yang tidak dingini," ujarnya.
Ditanya insiden berlaku itu berpunca daripada soalan yang diajukan oleh bekas Exco Armada Taufiq Abas berkaitan isu Memali disambut perasaan tidak berpuashati sebilangan kecil hadirin dengan jawaban diberikan oleh beliau, sebelum insiden baling kerusi, kasut, botol dan suar ke arah beliau dilakukan.
"Saya tidak fikir ia akan menjadi lebih buruk. Saya masih lagi ingin nak menjawab kepada soalan mereka. Berkenaan SOP (Standard Operation Prosedure), saya baru bagi jawapan separuh saja berkaitan SOP polis.
"Jika awak datang dengan parang dan bunuh pegawai polis mereka mestilah sanggup terima balasan daripada polis kerana polis pasti akan mempertahankan diri mereka.
"Saya ingat saya masih boleh menjawab sehingga tamat tapi malangnya mereka tidak mahu dengar jawaban saya dan cetuskan rusuhan di situ," terangnya.
Ditanya berkaitan siapa dalang sebenar apabila tercetusnya insiden itu, Dr Mahathir menjelaskan, dalang itu dikalangan yang tidak senang dengan penglibatan beliau dalam Bersatu dan berkerjasama dengan parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan.
"Kita tahu ialah yang tidak senang dengan kegiatan parti lawan dan penglibatan saya.
"Penyokong Najib sama ada mereka ahli Umno atau tidak tetapi mereka nampaknya cuba nak sokong Najib dengan tamatkan forum kita supaya Najib terselamat.
"Saya fikir terdiri daripada penyokong kerajaan sama ada daripada Umno,saya tidak tahulah... tapi ada kemungkinanlah," ujarnya.-malaysiadateline.com
Post a Comment