0
Kejatuhan nilai Ringgit memberi kebaikan kepada industri pelancongan negara dengan kemasukkan beramai-ramai pelancong asing.




KUALA LUMPUR : Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengulangi kenyataan bahawa penurunan nilai Ringgit baik untuk pelancongan negara.
Katanya, ini adalah masa sesuai pelancong asing melabur wang di negara ini dan pelancong tempatan pula lebih memilih untuk melancong dalam negara.
“Penurunan mata wang Ringgit baik untuk pelancongan, pelancongan dalam negeri. Apabila wang kita lemah, adakah anda pergi ke London? Di mana anda membelanjakan wang anda?
“Anda akan membelanjakan wang anda di Port Dickson dan Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengisytiharan Warisan Kebangsaan kali keempat di Muzium Negara pada Selasa.
Ahli Parlimen Padang Rengas itu berkata, hanya orang gila sahaja tidak akan memahami apa yang diperkatakannya.
“Hanya orang gila yang tidak memahami bahawa penurunan mata wang Ringgit membawa kepada kebaikan kepada pelancongan,” katanya.
Nilai ringgit terkini USD1 bersamaan dengan RM3.98.



Post a Comment

 
Top