0

PETALING JAYA: Pengerusi Biro Teknologi Maklumat (BTM), Datuk Ahmad Maslan yang baru sahaja dilantik telah memulakan langkahnya bagi memperbetulkan persepsi negatif terhadap UMNO dan Kerajaan Persekutuan.

Beliau kini sedang merancang untuk mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak termasuk mencari nama sesuai untuk ‘tentera siber’ UMNO.




“Untuk itu BTM ini bersahabat dengan rakan-rakan media sosial bagi mendapatkan segala pandangan mahupun berkongsi maklumat yang mungkin UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak mengetahuinya,” katanya seperti yang dilaporkan Mingguan Malaysia.

Mengulas lanjut, Ahmad turut menyatakan bagi merangka strategi berkesan dalam parti Melayu itu, beliau mencadangkan agar BTM diwujudkan di setiap bahagian dan cawangan UMNO.



“Peranan media sosial kini sudah menjadi penentu kepada kejayaan atau kegagalan sesuatu ‘pertarungan’ dan untuk mengatasinya semua pihak perlu berganding bahu untuk bersama-sama memeranginya.

“BTM UMNO juga akan bekerjasama dengan media sosial yang selama ini menyokong dan mempertahankan kerajaan walaupun tanpa dikenali oleh mana-mana pihak,” jelasnya.




Source from FMT News

Post a Comment

 
Top