0

ALOR SETAR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) disahkan akan bertemu dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah esok di Wisma Darul Aman di sini.

Perkara itu disahkan oleh ADUN Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin yang juga mengesahkan telah menerima surat jemputan daripada pihak Istana.

Katanya lagi, pertemuan itu akan dijalankan secara berasingan di mana setiap seorang ADUN akan menghadap secara tertutup.

“Ya, saya sudah menerima jemputan dan akan hadir ke Wisma esok.




“Setiap orang ADUN akan menghadap jemaah secara tertutup,” katanya.

Dalam pada itu, pihak media juga menerima jemputan sidang media yang akan diadakan selepas pertemuan itu selesai.

Pihak istana dijangka akan mengumumkan nama Menteri Besar baharu menggantikan Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang kini hilang sokongan.

Tiga nama calon ADUN yang akan menggantikan Mukhriz ialah ADUN Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail; ADUN Ayer Hangat, Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid dan ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin.

Ku Abd Rahman menjadi pilihan utama kerana EXCO Kedah paling kanan.




-FMT News-

Post a Comment

 
Top