0

Lim Guan Eng hairan Kerajaan Persekutuan menyatakan masih rugi walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan – Gambar FMT

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan boleh menyelesaikan kemelut kewangan yang dihadapi sekiranya isu penyalahgunaan kuasa dihentikan secara menyeluruh.

Pendapat itu diutarakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila menjadikan contoh negeri yang diterajuinya masih mendapat keuntungan hasil dari pentadbiran yang telus tanpa rasuah.

“Kurangkan penyalahgunaan kuasa, rasuah dan kita boleh dapat sumber kewangan. Ia dibuktikan di Pulau Pinang.




“Kita boleh dapat lebihan perbelanjaan dan keuntungan setiap tahun,” katanya ketika ditemui di Parlimen, hari ini lapor Free Malaysia Today.

Mengulas lanjut, Guan Eng turut menzahirkan rasa hairannya mengenai kepimpinan Kerajaan Persekutuan yang menyatakan masih rugi walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah diperkenalkan.

“Kerajaan Persekutuan masih rugi walaupun ada GST. Kita (Pulau Pinang) masih mempunyai lebihan setiap tahun walaupun tidak ada GST,” katanya lagi.

Jelas Ahli Parlimen Bagan itu, penstrukturan Bajet 2016 yang bakal dibentangkan tidak seharusnya meminggirkan program-program yang bermanfaat kepada rakyat.

“Program-program yang memberikan manfaat kepada rakyat tidak seharusnya dipotong,” ujarnya.


-MalaysiaStylo-

Post a Comment

 
Top