0

PETALING JAYA: Blog yang giat mengkritik Perdana Menteri Najib Razak dan pentadbirannya, syedoutsidethebox.blogspot.my telah disekat.

Dalam satu pesanan ringkas kepada pengikut blog tersebut, blogger Syed Akbar Ali berkata, beliau terpaksa menutup blognya untuk tempoh ‘seketika’ sementara ‘menilai semula keadaan’.

“Ini benar-benar tidak adil sama sekali. Seluruh kuasa dan jentera kerajaan boleh menyerang orang biasa. Cheers. ”




Bagaimanapun, Syed tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen lanjut.

Rakan bloger dan bekas pengarang Malay Mail, Ahirudin Attan berkata, beliau amat tidak bersetuju jika kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang bertindak menyekat laman itu atas nama melindungi orang ramai atau atas apa jua sebab.

“Menyekat sebuah blog yang mencatatkan hampir 30 juta paparan halaman bukan sahaja kelihatan seperti ketinggalan zaman, malah ia juga berbunyi murahan,” kata Ahiruddin yang menulis dalam blog Rocky’s Bru.

Antara artikel terakhir yang disiarkan dalam blog tersebut oleh Syed ialah mengenai dakwaan ketidakupayaan Lembaga Tabung Haji mengisytiharkan dividen kepada jutaan pendepositnya.

Source from FMT NEWS

Post a Comment

 
Top