Sumbangan RM2.6 bilion daripada penderma Timur Tengah yang tidak dikenali ialah derma peribadi dan tidak boleh digunakan Tun Dr Ling Liong Sik sebagai pembelaan, kata Datuk Seri Najib Razak dalam plidingnya berhubung saman fitnah terhadap bekas presiden MCA itu.
Dalam dokumen dilihat The Malaysian Insider, perdana menteri berkata memandangkan wang itu derma peribadi, tidak wujud isu beliau melanggar perlembagaan Umno dan peraturan penyata kewangan parti bagi 2013 dan 2014.
Presiden Umno itu sebelum ini berulang kali menegaskan, wang itu dipegang sebagai amanah untuk Umno.
“Sebarang penggunaan (derma itu) ialah urusan antara plaintif (Najib) dan parti, dan tidak ada kena mengena dengan defendan (Dr Ling),” kata perdana menteri dalam jawapan kepada pembelaan Dr Ling dan tuntutan balas dalam saman yang difailkan Oktober lalu.
Dalam kenyataan difailkan pada 12 Januari, Najib berkata Dr Ling, yang pernah menjadi rakan Kabinetnya, tidak ada asas undang-undang membangkitkan perkara itu sebagai salah satu hujah pembelaannya.
Dr Ling berkata perdana menteri tidak layak memimpin Malaysia kerana menerima sumbangan RM2.6 bilion itu dan RM42 juta daripada syarikat milik Kementerian Kewangan, SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Bekas menteri pengangkutan itu berkata, jika wang RM2.6 bilion itu memang benar-benar sumbangan derma, maka wang itu hanya boleh digunakan untuk parti.
Dr Ling berkata Najib melanggar Artikel 26.2 dan 27.2 perlembagaan Umno kerana sumbangan itu sepatutnya disimpan dalam bank komersial atau oleh pemegang amanah parti.
Katanya, penyata kewangan Umno bagi tahun 2013 dan 2014 juga tidak merekodkan sumbangan RM2.6 bilion itu.
“Ini menimbulkan keraguan serius sama ada RM2.6 bilion itu benar-benar sumbangan untuk parti,” katanya.
Sumbangan yang dikatakan itu dibuat pada Mac 2013, hanya kira-kira 2 bulan sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.
“Dengan menyalurkan RM2.6 bilion itu ke dalam akaun bank peribadinya, paling kurang pun, plaintif mencipta persepsi umum yang dia tidak jujur dan telus atau terbabit dalam politik wang untuk beli pilihan raya,” kata Dr Ling.
Katanya, Najib hanya mengakui menerima sumbangan itu selepas pendedahan dibuat The Wall Street Journal dan Sarawak Report pada Julai tahun lalu.
“Ini bermakna wujud tempoh senyap di pihak Najib selama lebih 2 tahun.
“Defendan (Dr Ling) hanya boleh mengagak yang plaintif (Najib) tidak akan mendedahkan sumbangan yang dikatakan itu jika tidak kerana pendedahan yang dibuat dan disusuli bantahan awam,” katanya dalam pembelaan dan tuntutan balas yang difailkan 14 Disember lalu.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Ogos lalu berkata sumbangan RM2.6 bilion itu dimasukkan ke akaun peribadi Najib sebagai tanda terima kasih kerana perjuangan Malaysia menentang keganasan.
Ketua Umno Bahagian Kuantan Wan Adnan Wan Mamat dilaporkan memberitahu perkara sama dalam mesyuarat bahagiannya.
Beliau juga dilaporkan berkata, Najib sendiri memaklumkan perkara itu di hadapan 146 ketua Umno bahagian pada satu pertemuan awal Ogos lalu.
Najib dikecam teruk selepas berita mengenai RM2.6 bilion itu tersebar.
Ahli politik kedua-dua belah pihak mengkritik Najib, termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkali-kali mendesak beliau meletak jawatan.
Source from TheMalaysianInsider

Post a Comment