0

Ia bukan menjadi kesalahan kerana buku itu bukan buku politik sebaliknya berkisarkan tentang ketokohan Najib.

PETALING JAYA : Buku berjudul ‘Najib Razak, 40 Years, 40 Pictures’ boleh diedar di sekolah-sekolah kerana ia bukan buku politik tetapi merupakan profil seorang tokoh politik.

Sehubungan itu, Kementerian Pendidikan tidak mempunyai halangan jika mana-mana pihak yang ingin mengedarkan buku berkenaan di sekolah-sekolah seluruh negara.

“Ia baik. Sangat baik. Ia (buku) bukan politik tapi adalah profil tokoh,” kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Medan di sini hari ini.

Kerajaan Pahang bercadang mengedarkan 2,000 naskah buku ‘Najib Razak, 40 Years, 40 Pictures’ ke semua sekolah rendah, menengah dan institusi pengajian tinggi di negeri itu.




Buku terbitan, The New Straits Times Press (NSTP) berharga RM140 itu diterbitkan sempena 40 tahun pembabitan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dalam politik.

Berhubung cadangan kerajaan Pahang menjadikan buku terbabit sebagai bahan rujukan di perpustakaan negeri, Mahdzir berkata;

“Banyak buku Nelson Mandela, Lee Kuan Yew ada dalam perpustakaan..semua ada. Macam-macam tokoh ada. Sebagai Perdana Menteri Malaysia, saya ingat tak salah untuk letak.

“Tunku Abdul Rahman ada, Tun Razak ada, Tun Hussein Onn ada, Tun Mahathir ada, Tun Abdullah ada. Sekarang, Perdana Menteri yang terkini nak letak buku, saya ingat takkan itu menjadi masalah,” katanya.




-FMT NEWS-

Post a Comment

 
Top