Penulis blog, Shahbudin Hussin mengulas dua penjelasan pemimpin UMNO mengenai derma RM2.6 bilion yang tidak senada.
PETALING JAYA: Selepas nama Perdana Menteri, Datuk Seri Seri Najib Tun Razak telah dibersihkan daripada sebarang salah laku melibatkan sumbangan derma RM2.6 billion, kini timbul pula pelbagai versi cerita yang semakin mengelirukan rakyat negara ini.
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju, Shahbudin Hussin, memetik dua versi berbeza seperti yang diceritakan seorang pemimpin UMNO dan seorang menteri.
Menerusi blognya, shahbudindotcom.blogspot.my, beliau berkata, versi pertama merujuk kepada kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa ketika ditemubual akhbar berbahasa Inggeris, Ahad lalu.
Dalam temubual itu, Annuar dilaporkan berkata, derma RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib Razak bukanlah ‘suatu jumlah yang besar’ untuk menghadapi satu pilihan raya umum.
Katanya, Annuar juga menegaskan, adalah sangat tidak beretika untuk Perdana Menteri dan Presiden UMNO jika parti tidak mempunyai wang yang cukup untuk menghadapi pilihan raya.
“Nampak logik dan masuk akal hujah-hujah beliau itu. Soalnya, apakah Annuar terlupa dengan pengumuman Peguam Negara bahawa Najib sudah memulangkan sejumlah RM2.030 bilion daripada wang derma tersebut atas alasan ia tidak digunapakai?
“Bermakna, dengan pemulangan wang itu tidaklah banyak mana yang digunakan untuk menghadapi pilihan raya 2013 lalu dan bagaimana Annuar tetap mengatakan wang RM2,600 juta bukanlah suatu jumlah yang besar?
“Kenapa sebagai Ketua Penerangan UMNO, Annuar memberi jawapan sebegitu dalam usahanya mempertahankan Najib?,” soal Shahbudin.
Katanya, versi kedua pula, seorang menteri menjelaskan kepada sekumpulan imam baru-baru yang dijemput menghadiri pertemuan dan mengesahkan wang yang diterima Najib itu memang datangnya daripada keluarga Diraja Arab Saudi.
Shahbudin mendakwa, menteri tersebut mengakui wang itu pula sebenarnya diperolehi hasil daripada faedah simpanan keluarga Diraja Arab Saudi yang diletakkan di pelbagai institusi kewangan di luar negara.
Oleh kerana keluarga Diraja Arab Saudi tidak mahu menggunakan wang faedah itu yang dianggap sebagai riba, maka ia didermakan kepada pelbagai negara untuk projek-projek pembangunan yang mana Najib menerimanya bagi mewakili Malaysia, kata menteri itu.
Shahbudin berkata, penjelasan itu dibuat oleh menteri berkenaan seperti yang diceritakan salah seorang peserta yang hadir.
“Sekali lagi, adakah menteri terbabit juga terlupa dengan penjelasan Peguam Negara bahawa sebahagian besar atau sebanyak RM2,030 juta daripada RM2,600 juta telah dikembalikan semula oleh Najib kerana tidak digunapakai.
“Kalau benar wang itu diberikan untuk projek-projek pembangunan, kenapa pula perlu dikembalikan?
“Sekali lagi, kenapa dalam usaha pelbagai pihak mahu terus mempertahankan wang tersebut, jawapannya sering saja berbeza-beza dan tidak senada?, katanya.
-FMT NEWS-

Post a Comment