0

Sebuah video berdurasi 1minit 21 saat dimuat naik ke laman Facebook Kelab Che Det menunjukkan peminat bola sepak Kedah menyanyikan lagu "Kami Nak Najib Undur'"sewaktu berlangsungnya perlawanan bersama Terengganu di Stadium Darul Aman di Alor Setar malam tadi.

Video nak dimuat naik kira-kira jam 11.00 pagi tadi sudah mendapat lebih daripada 350 perkongsian dan tontonan hampir 20,000.

Dalam perlawanan persaingan Liga Super malam tadi, Kedah berjaya menewaskan Terengganu dengan jaringan 1-0.

Admin Facebook penyokong Tun Dr Mahathir Mohamad itu mendakwa, walaupun 10,000 tiket percuma diberikan secara percuma kepada rakyat Kedah namun peminat bola sepak masih lagi memprotes dengan iringan lagu mendesak Datuk Seri Najib Razak bergema di stadium berkenaan.




Awal bulan ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang popular di kalangan anak muda dan penyokong bola sepak Kedah disingkirkan sebagai menteri besar dan digantikan dengan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Turut dimuat naik dalam laman Facebook Kelab Che Det ialah satu kain rentang yang terpampang nama Mukhriz.

Terkini, tontonan video berkenaan sudah hampir 100,000 dan 1,500 perkongsian di laman Facebook Kelab Che Det.

Mukhriz dilihat popular kalangan peminat bola sepak Kedah kerana prestasi pasukan berkenaan meningkat sewaktu menjadi menteri besar.





Malah Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) turut membuat kenyataan menghargai jasa Mukhriz di atas komitmen beliau dalam membawa pembaharuan dan kecemerlangan .

KFA berkata, sepanjang penglibatan Mukhriz meneraju pertubuhan itu, skuad Kedah kembali bangkit daripada episod suram dengan berjaya membuat kejutan pada musim 2014.– 17 Februari, 2016.


"Kami nak Najib undur" berkumandang di SDA malam tadi walaupon diberi 10 ribu tiket percuma. Tahniah kpd Kedah yg...
Posted by Kelab Che Det on Tuesday, 16 February 2016







-themalaysianinsider-

Post a Comment

 
Top