0

Syarikat penerbangan menjelaskan terpaksa membatalkan penerbangan kerana mematuhi prosedur teknikal.

PETALING JAYA: Syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara, Rayani Air menjelaskan syarikat itu terpaksa membatalkan beberapa penerbangan kerana mematuhi prosedur teknikal.

Meminta maaf dengan kesukaran yang dihadapi penumpang, pengurusan Rayani Air menerusi akaun Facebook rasminya berkata, keselamatan penumpang menjadi keutamaan kepada syarikat itu.

“Keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami dan kami melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan masalaha yang dihadapi.

“Kesilapan menambahkan pengalaman dan pengalaman pula mengurangkan kesilapan. Kami akan lakukan yang terbaik. Terima kasih kerana terbang bersama Rayani Air,” kata syarikat itu.




Pembatalan beberapa penerbangan oleh syarikat itu sejak akhir-akhir ini menimbulkan kemarahan penumpang yang berkongsi pelbagai pengalaman di ruang media sosial.

Insiden itu turut mendapat perhatian Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menegur syarikat itu.

Beliau berkata, patut syariah bukan setakat memperagakan krew berpakaian menutup aurat tetapi juga perlu mematuhi masa dan menepati janji.

Sementara itu, Facebook Rayani Air dihujani runggutan orang ramai yang meluahkan tidak puas hati dengan perkhidmatan dan layanan syarikat itu.




“Kami faham tentang keselamatan pesawat. Isu sebenar ialah Rayani tidak memaklumkan awal kepada penumpang. Gantikan flight dgn pesawat syarikat lain atau sekurang-kurangnya maklumkan dari awal flight batal. Bukannya re-time dan re-time dan re-time dan akhirnya batal selepas berjam-jam (berhari-hari!). Rayani sudah tahu masalah pesawat dari awal. Kenapa masih mahu teruskan hingga berlarutan berhari-hari?,” tulis Azreena Mastor.

“Ada dua flight buat dua destinasi je dulu…kalau dah tambah flight boleh la nak buat laluan ke mana-mana pun. Ukur baju di badan sendiri.,” tulis Nhisyam MZain.

“Apology accepted… but… no more Rayani until you guys fix everything… please don’t be too ambitious… apa yang syarikat you mampu buat… buat yang mampu… jangan tamak sangat bukak banyak route tapi tak boleh bagi service yang bagus…” komen Adam Hafiz.




-FMT NEWS-

Post a Comment

 
Top