Mei memberitahu polis dia tidak mengetahui bahawa perbuatan menjual bayi itu salah di sisi undang-undang.
BEIJING: Gara-gara mahu memiliki iPhone dan motosikal seorang bapa berusia 19 tahun sanggup menjual bayinya pada harga 23,000 yuan (RM14,563).
Lelaki itu yang dikenali sebagai Duan dari Tong’an wilayah Fujian menjual bayi perempuannya yang baru berusia 18 hari kepada seorang pembeli menerusi laman sosial QQ.
Menurut laporan agensi, ibu kepada bayi itu, Xiao Mei hanya bekerja sambilan manakala bapanya pula hanya menghabiskan masa di kafe siber.
Mereka juga dikatakan tidak merancang untuk mempunyai bayi sendiri ekoran tidak mempunyai kewangan yang kukuh.
Mei dilapor melarikan diri daripada suaminya selepas bayi mereka dijual tetapi kemudian berjaya ditahan polis.
Ketika siasatan, Mei memberitahu polis dia tidak tahu perbuatan menjual bayi itu salah di sini undang-undang ekoran kebanyakan penduduk kampungnya berbuat demikian.
Duan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh mahkamah ekoran kesalahannya itu.
-FMT NEWS-
Post a Comment