0

Beliau bimbang sikap tidak peduli itu akan membuatkan masyarakat bukan Islam salah faham dengan ajaran Islam.

PETALING JAYA: Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu menyifatkan umat Islam termasuk di negara ini, tidak sensitif terhadap rasuah menyebabkan banyak negara Islam ketinggalan dalam pelbagai bidang.

Berucap dalam satu program Pakatan Harapan di Alor Setar, Kedah, beliau meluahkan kekecewaannya itu memandangkan rasuah adalah kesalahan di sisi Islam dan sering dibicarakan dalam kuliah agama.

“Orang Islam kurang sensitif dengan rasuah. Tapi orang Cina yang tak pergi solat Jumaat dan tak dengar hadis pun boleh sensitif.





“Tetapi kenapa orang Islam yang dengar khutbah boleh ketinggalan dalam pelbagai bidang? 

Sedangkan ia didikan awal Nabi Muhammad SAW. Kalau nak negara maju orang Islam mesti cantik akhlak dan bebas rasuah, Tapi cerita bab RM2.6 bilion pun orang tidak sensitif,” katanya seperti dipetik Sinar Harian hari ini.

Beliau bimbang sikap tidak peduli itu akan membuatkan masyarakat bukan Islam akan salah faham dengan ajaran Islam.

Menurut laporan itu lagi, Mohamad Sabu turut memberikan contoh Kerajaan Pulau Pinang, yang memiliki jumlah hutang paling sedikit berbanding negeri lain.

“Mengapa bukan Kelantan, negeri yang orang Islam perintah?” soalnya lagi.





-FMT NEWS-

Post a Comment

 
Top