Menteri melahirkan rasa tidak puas hati kerana pihaknya masih menerima aduan daripada penumpang.
KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan Rayani Air berdepan tindakan gantung sekiranya mereka gagal mematuhi amaran Kementerian Pengangkutan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata demikian menjawab insiden pembatalan penerbangan tanpa pemberitahuan kepada penumpang dan penggantian pesawat.
“Kita akan ambil semua aduan itu; kenapa mereka batalkan penerbangan tanpa memberitahu awal dan ganti dengan pesawat lain,” kata Tiong Lai kepada pemberita di ruang legar Parlimen.
Menurut Tiong Lai, Rayani pernah diberi amaran sebelum ini. Beliau melahirkan rasa tidak puas hati kerana pihaknya masih menerima aduan daripada penumpang.
“Kita akan beri mereka amaran (kedua). Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) sila ambil perhatian,” katanya.
Bulan lalu, lebih 200 penumpang pesawat Rayani Air terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi selepas penerbangan mereka dibatalkan berikutan pesawat yang hendak digunakan mengalami masalah teknikal.
Di Parlimen hari ini, Tiong Lai meminta orang-ramai untuk mengemukakan aduan mereka kepada DCA.
“Kita boleh menggantung mereka (Rayani Air) sekiranya kita merasakan mereka tidak mengikut arahan,” katanya.
Mengulas mengenai tindakan Rayani Air mengeluarkan pas masuk penerbangan dengan menggunkan tulisan tangan yang diviral di media sosial, Liow berkata, pihaknya akan melakukan siasatan segera.
Katanya, apa yang dilakukan Rayani Air itu boleh mengundang ancaman keselamatan memandangkan ia tidak dapat dibaca oleh mesin pengimbas.
“Mengenai pas masuk tulisan tangan, kami akan menyiasatnya mengapa mereka menggunakan pas masuk bertulis tangan, tapi (zaman) sekarang kita sudah tidak pakai semua guna telefon bimbit untuk daftar masuk,” katanya.
-FMT NEWS-

Post a Comment