0

Ibrahim bersama pengikutnya memecahkan lima biji tembikai diikuti bacaan beberapa potong surah Yassin dan berdoa.

PETALING JAYA: Setelah lama menyepi tanpa khabar berita, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin yang menggelarkan dirinya sebagai ‘Raja Bomoh’ serta pernah mengegarkan dunia dengan aksi ritualnya kini membuat kemunculan semula.

Kemunculan kali ini bagi menyelesaikan masalah cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini terutamanya di negeri-negeri di utara Semenanjung.

Menerusi sebuah rakaman video, Ibrahim menggunakan lima biji tembikai diikuti empat orang pengikutnya telah bertindak memecahkan buah berkenaan.






Turut dipaparkan dalam video berdurasi 1 minit 53 saat itu adalah Ibrahim memulakan ritual berkenaan dengan membaca beberapa ayat potongan dari surah Yasin diikuti membaca doa.

“..Berdoa dengan rakan dengan muridnya untuk menyelamat berbilang kaum dan bangsa supaya panas dapat dikurangkan, dengan izin Allah.

“..juga, cahaya panas dapat dikurangkan, panas dan selamat penduduk berbilang bangsa, dapat berjalan ke sana ke mari..” katanya.

Dalam video berkenaan, peralatan yang sering digunakan untuk Ibrahim melakukan ritual seperti teropong buluh dan bubu tidak kelihatan.







-FMT-

Post a Comment

 
Top