Jangan layan perkara tidak relevan, kata Lim Kit Siang
KUALA LUMPUR: Perkongsian pentas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan musuh politik lamanya, Lim Kit Siang menarik perhatian seluruh negara, hari ini.
Kit Siang yang juga veteran DAP berkata, usaha menyelamatkan Malaysia perlu membabitkan seluruh rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.
“Ini bukan penyusunan semula pihak berbeza dalam politik, tetapi usaha nasional demi kepentingan Malaysia.
“Ini perlu menjadi seruan kita… jangan layan hal-hal yang tidak relevan,” katanya ketika menjawab soalan wartawan berhubung kerjasama bersama ‘seteru politiknya’ dalam Deklarasi Rakyat, hari ini.
Ditanya sama ada beliau mempercayai Mahathir, beliau berkata: “Saya alu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk bangkit mengatasi apa sahaja perbezaan.”
Seramai 58 pemimpin politik dan badan bukan kerajaan (NGO) menandatangani Deklarasi Rakyat, hari ini.
Kumpulan pemimpin berkenaan dikatakan sebagai ‘kumpulan teras’ dalam usaha mendesak Datuk Seri Najib Razak berundur sebagai Perdana Menteri.
-FMT NEWS-
Post a Comment