Tuti sebelum ini tidak pernah berhadapan sebarang kontroversi apabila menyertai mana-mana pertandingan pencarian model di Malaysia.
PETALING JAYA:Peserta dari Malaysia, Nooraini Mohd Noor atau Tuti yang terpilih menyertai program realiti bagi merebut gelaran Juara Asia’s Next Top Model (AsNTM) Cycle Four menyatakan, dia tidak kisah meskipun dikecam warga alam maya hanya semata-mata menyertai program itu.
Memetik laporan BBC, Tuti, 24, memberitahu, dia menghormati pendapat semua pihak dan akan terus melakukan yang terbaik dalam pertandingan itu.
“Apa yang memisahkan kita bukan warna kulit atau agama. Ia adalah peluang,” katanya kepada BBC menerusi e-mel.
“Setiap orang yang berbeza mempunyai pandangan yang berbeza dan saya tidak boleh mengawalnya. Saya menghormati pandangan dan pendapat semua orang”.
“Saya tidak suka untuk melabel apa-apa. Saya adalah sebahagian daripada warganegara dunia. Saya merupakan seorang gadis yang akan mengejar impiannya,” katanya.
Menurut BBC, Tuti berkata, sebelum ini dia tidak berhadapan sebarang kontroversi apabila menyertai mana-mana pertandingan pencarian model di Malaysia.
Dia pernah memenangi Pencarian X Top Model Malaysia 2012 dan menerima gelaran X Walk.
-FMT NEWS-
Post a Comment